I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 11, 2011

KaranganKu: "Abang! Tolong Wani!"



"Abang! Tolong Wani!" alangkah terkehutnya Azlan pabila terdengar jeritan tersebut menjengah masuk ke telinganya. Hatinya yakin bahawa jeritan tersebut mirip suara adiknya yang tinggal di kampung. Azlan semakin khuatir kebarangkalian memang benar sesuatu yang buruk telah menimpa adiknya yang bernama Wani itu. Detik demi detik,hatinya kian tidak tenteram lalu dicapai telefon bimbitnya dengan serta merta dia menelefon ibunya kerana adiknya itu tidak mempunyai telefon bimbit,tut...tut...tut... bunyi yang keluar dari corong telefon bimbit itudan beberapa ketika kemudian kedengaran suara ibunya "Hello...Assalamualaikum...ha! Azlan kenapa kamu telefonmak ni?" tanya wanita separuh abad yang bernama Maimun itu. Dengan suara yang resah ,Azlan menjawab pertanyaan tersebut "Waalaikumsalam Ibu,Wani ada tak? Azlan nak cakap dengan dia kejap" suara ibunya kembali kedengaran "adik kamu belum balik lagi,biasanya pukul 5.30 petang baru dia balik". "Oklah ibu,nanti kalau Wani balik suruh dia telefon Azlan balik" kata Azlan yang ingin menamatkan perbualan tersebut sambil memandang jam di dinding,"baiklah nanti ibu suruh dia telefon kamu balik,Assalamualaikum" tambah Maimun lagi dan dia meletakkan ganggang telefon rumahnya kembali ke tempat asal setelah salamnya dijawab oleh anaknya itu.

Jam kini menunjukkan jam 9 malam namun tiada sebarang panggilan yang diterima oleh Azlan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lalu diangkat dengan tergesa-gesa,suara ibunya kedengaran seakan-akan ingin menangis "Azlan! adik kamu hilang! tadi mak ke tempat kerjanya lebih kurang pukul 7 petang,mak tanya kawan-kawan dia ke mana adik kamu pergi tapi diaorang kata adik kamu dah balik tepat jam 5.30 petang tadi,mak risaulah Azlan" kata ibunya yang kini tidak dapat menahan air matanya lagi. "Mak bertenang ye,bawa-bawa mengucap,insyaallah adik selamat" ujar Azlan yang cuba menenang jiwa ibunya yang sedang kacau. Setelah beberapa minit berbicara dengan ibunya,Azlan kembali meletakkan semula telefon bimbitnya dan sekilas itu kedengaran suara sayup-sayup nyaring seperti suara adiknya,"Abang!pulanglahlah ke kampung,cari jasad Wani. Wani sakit sangat ni!". Serta merta wajah Azlan berubah dan air mata mula membasahi pipinya,sepantas yang mungkin Azlan mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam begnya lalu dicapai kunci kereta dengan bercampur hati yang masih tidak tenteram,Azlan memandu dengan laju namun dia turut berdoa  agar perjalanannya pulang ke kampung halaman selamat.

Dua jam memandu,akhirnya dia selamat sampai ke ke kampung halamannya,sebaik sahaja keluar dari kereta,Azlan terus menerpa ke arah ibunya lalu dipeluk seerat-eratnya maka berlinanganlah air mata kedua beranak itu sambil di dalam otak masih berlegar-legar memikirkan keadaan Wani. Azlan naik bersama ibunya ke dalam rumah untuk merehatkan diri namun gagal melelapkan mata. Dalam kesunyian malam suara Wani muncul sekali lagi,kini lebih jelas dan menampakkan kesakitan dari perkataan yang dilafazkan olehnya "Abang! esok kumpulkan orang kampung cari Wani! Wani dah tak tahan ni,sakit sangat!". Menitis kembali air mata Azlan mengenangkan kata-kata suara yag menusuk tepat ke arah telinganya tadi.

Matahari tegak di atas bumbung rumah menandakan hari sudah pun siang,segera Azlan bangun dari tidurnya lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi dia segera mengenakan baju kemeja dan seluar jeans dan segera bergerak untuk ke rumah ketua kampung tanpa memberitahu kepada ibunya terlebih dahulu.Setibanya di rumah ketua kampung,Azlan memberi salam dan tanpa perlu menunggu lama salamnya dijawab lalu pintu dibuka luas. Dia dipelawa masuk,Azlan duduk di sofa namun hatinya mendesak agar dia segera menceritakan segalanya,tanpa membuang masa Azlan menceritakan perkara yang menimpanya termasuklah suara yang didengarinya. Ketua kampung yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Abu itu memang baik orangnya apabila dia sepantas lipas kudung menuju ke surau dan membuat pengumuman supaya penduduk kampung terutamanya kaum lelaki berkumpul di perkarangan surau.

Penduduk kampung begitu patuh dengan arahan Pak Abu apabila tidak sampai 30 minit hampir keseluruhan penduduk kampung telah pun berkumpul di pekarangan surau. Pak Abu begitu yakin bahawa penduduk kampung pastikan akan membantu Azlan. Pak Abu berdiri di hadapan penduduk kampung lalu menjelaskan segala kesulitan yang melanda Azlan dan ibunya. Selesai berucap,gerakan mencari dimulakan beberapa ketika kemudian. Hujan turun dengan lebatnya sepuluh minit kemudian sekaligus menyukarkan gerakan mencari namun semangat penduduk kampung untuk membantu Azlan mencari jasad adiknya,Wani tidak luntur. Tiba-tiba Azlan melutut di tengah-tengah penduduk kampung menandakan dia sudah tidak mampu menahan sebak di hati air matanya mula berjurai,"Wani dekat mana? bagi tahulah Wani,abang dah tak mampu!" kata Azlan yang keluar dari mulut tanpa diduga sambil mengharap pertanyaannya dijawab. Beberapa orang penduduk kampung menuju ke arah Azlan dan cuba menenangkannya serta membantunya berdiri kembali.

Sebaik sahaja Azlan kembali berdiri kembali dia terdengar suara adiknya menjawab pertanyaannya tadi "Wani ada dalam semak belakang stesen bas,cepat abang! Wani dah tak boleh tahan,sejuk sangat ni!". Semua penduduk kampung segera ke tempat yang dinyatakan suara tadi kerana mereka juga terdengar suara tersebut,sayu bercampur sedih pabila mereka semua menjumpai mayat Wani terkujur basah dengan matanya terbuka memandang langit nan biru,badannya peuh dengan kesan lebam serta tangannya menggengam erat perutnya yang dipenuhi darah. "WANI!!!" jerit Azlan yang seperti orang hilang akal melihat keadaan adiknya yang begitu tragis. Dipeluknya dan diriba mayat adiknya sambil air mata tidak terhenti-henti berjujuran. Mayat adiknya dibawa pulang untuk dimandikan,disolatkan serta dikafankan sebelum dikebumikan dengan cara yang sempurna. Akhirnya selesai sudah dikebumikan jenazah Wani betul-betul sebelah kubur ayahnya. Azlan dan ibunya masih gagal menahan air mata mereka namu mereka redha atas pemergian Wani. Dalam tangisan mereka berdua,tiba-tiba penduduk kampung yang masih berada disitu dikejutkan dengan satu suara yang keluar dari mulut Azlan namun berbeza bunyinya,"Ibu maafkan Wani,Wani tahu Wani banyak buat salah dengan ibu,halalkan makan minum Wani,Wani nak ibu relakan pemergian Wani" kata suara yang sebenarnya suara arwah Wani yang memasuki tubuh Azlan."Ibunya maafkan Wani,ibu halalkan makan minum Wani dan ibu relakan pemergian Wani tapi kenapa Wani boleh jadi macam ni?" tanya ibunya yang mencari jawapan bagaimana anak daranya boleh jadi sebegitu rupa. "Semalam Wani balik dari tempat kerja,lepas tu ada dua orang lelaki berjalan ke arah Wani,diaorang jalan rapat-rapat dengan Wani dan tak lama kemudian diaorang keluarkan pisau minta duit dari Wani. Wani tak bagi diaorang duit,lepas tu diaorang tolak Wani dalam semak belakang stesen bas dan tikam Wani,tak cukup dengan itu diaorang pijak-pijak Wani sampai lembik. Sakit sangat ibu tapi mungkin dah ditakdirkan Wani pergi menemui Ilahi dengan car macam tu. Wani pasrah." selesai berbicara suara itu menghilang manakala tubuh Azlan rebah menyembah bumi. Kini sudah dua tahun peristiwa tersebut berlalu dan Azlan telah pun pulih dari segi rohani dan jasmani. Azlan juga telah menjadi seorang anggota polis kerana dia mahu peristiwa yang menimpa adiknya,Wani tidak akan berulang lagi.

                                                                        ~TAMAT~

No comments:

Post a Comment